Daeng Kemboja

Daeng Kemboja (mangkat 1777) merupakan putera Daeng Parani yang menjadi Yang Dipertuan Muda Riau III. Baginda dilantik memegang jawatan tersebut pada tahun 1745-1777 menggantikan bapa saudaranya, Daeng Chelak.Ketika baginda menjadi Yang Dipertuan Muda, berlaku fitnah di Riau ke atas orang-orang Bugis sehingga baginda bertindak keluar dari Riau dan menetap di Linggi. Pada zaman baginda, berlaku peperangan dengan Belanda di Melaka akibat fitnah dari Sultan Mansur Terengganu.Baginda juga mengasaskan jawatan Engku Kelana (Timbalan Yang Dipertuan Muda) dan melantik Raja Haji sebagai Engku Kelana yang pertama.Baginda berkhidmat di bawah 4 orang Sultan iaitu Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah (1722-1760), Sultan Abdul Jalil Muazzam Shah (1760-1761), Sultan Ahmad Riayat Shah (1761) dan Sultan Mahmud Shah III (1761-1812).